Home Pemakanan 7 Kebaikan Madu dan Kayu Manis Jika Diminum. Ini Kesannya!

7 Kebaikan Madu dan Kayu Manis Jika Diminum. Ini Kesannya!

“Madu dan kayu manis adalah ramuan terbaik untuk tubuh badan”.

15
0
Madu - Kulit Kayu Manis

Kebanyakan pakar perubatan moden, tradisional dan barat sekalipun menyokong fakta tersebut. Sejak beribu tahun yang lalu, campuran madu dan kayu manis sering digunakan sebagai ramuan perubatan tradisional Cina. Ia mempunyai 1001 khasiat yang tidak dapat disangkal lagi. 

Masyarakat Cina zaman dahulu menggunakan campuran madu dan kayu manis untuk menyeimbangkan suhu haba tubuh badan dan mengelakkan tubuh daripada sebarang penyakit. Sama ada anda mengambilnya secara berasingan atau dicampurkan bersama, khasiatnya tetap kuat dan memberi kesan. 

Campuran Minuman Madu dan Kayu Manis 

Bagi mendapatkan kebaikan madu dan kayu manis, sekaligus memudahkan anda minum ramuan ini, campurkan sahaja 2 sudu serbuk kayu manis bersama 3 sudu madu. Gaulkan rata dan masukkan sedikit air putih ke dalam ramuan tersebut. Jangan didihkan atau panaskan madu kerana zatnya akan hilang. Guna terus madu asli tiada masalah. 

Kebaikan Madu dan Kayu Manis Sebagai Minuman Campuran

#1  Tingkatkan Tenaga Secara Drastik

Tanpa kita sedari, madu adalah sumber tenaga yang paling kuat untuk dalaman dan luaran tubuh badan. Tenaga ini terhasil daripada karbohidrat yang terkandung secara semulajadi dari madu. Bukan itu sahaja, kayu manis mempunyai kandungan vitamin yang membantu menyegarkan dan menguatkan tubuh badan.

#2  Bekalkan Antioksidan Seluruh Tubuh – Elakkan Kanser

Bagaikan tidak percaya, kandungan antioksidan dalam madu sangat tinggi kerana ia adalah hasil sebatian tumbuhan yang dibawa dari lebah. Antioksidan dapat membantu mengatasi serangan radikal bebas yang menyebabkan sel-sel rosak serta penyakit merebak ke seluruh tubuh termasuk kanser. 

Menurut penyelidikan yang telah dilakukan, kebaikan madu dan kayu manis juga dapat mengurangkan risiko penyakit strok, jantung, kerosakan mata dan lain-lain lagi. Patutlah kita digalakkan minum setiap hari, antioksidan memang penting untuk tubuh badan kita kekal sihat dan segar.

#3  Antibakteria dan Antiradang Saluran Pernafasan

Menurut kajian yang dikeluarkan dalam Journal of Family Practice, madu dapat mengurangkan masalah tekak batuk dan sukar tidur pada anak-anak.  Masalah batuk terjadi akibat bakteria, kuman, keradangan dan radikal bebas, jika tidak dijaga pasti akan memakan masa untuk sembuh.  

Kebaikan madu dan kayu manis yang antibakteria dan antiradang ini menjadikan saluran pernafasan anda bebas dari sebarang kuman, bakteria dan penyakit yang tidak diingini.  Ia juga dapat menghilangkan haba patogenik.

#4  Tahap Gula Darah Normal

Kebaikan madu dan kayu manis sebagai minuman juga dapat mengawal tahap gula darah supaya sentiasa normal. Cuba amalkan, selepas mengambil makanan yang manis, amalkan pengambilan kayu manis kerana ia berfungsi menurunkan glukose dalam darah. Kandungan antioksidan polifenol terasnya amat membantu menyeimbangkan tahap gula darah walaupun anda seorang pesakit diabetis.

#5  Pencegahan Penyakit Biasa dan Kronik

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan di University Hong Kong, kayu manis termasuk dalam kategori 26 rempah ratus terbaik yang mengandungi antioksidan serta polifenol yang amat tinggi. Malah, ia juga mengalahkan makanan terbaik seperti oregano dan bawang putih.

Jelaslah bahawa kayu manis amat berkesan dalam mencegah penyakit biasa dan penyakit kronik juga. Pengambilan kedua-dua bahan ini dapat mengatasi masalah sakit gigi, perut, selsema, jantung, artritis, jangkitan pundi kecing, kolestrol, tuberkulosis, periodontitis, asma dan lain-lain lagi. 

#6  Mengurangkan Kolestrol Tubuh Badan

Campuran madu dan kayu manis sedikit sebanyak membantu mengurangkan kolestrol tubuh badan anda.  Pada mulanya, ia berfungsi membersihkan toksin tubuh badan dan kemudiannya menghancurkan lemak. Kolestrol akan berkurangan dari masa ke masa selagi anda mengamalkan campuran madu bersama kayu manis ini.

#7  Mengatasi Masalah Nafas Berbau

Kebaikan madu dan kayu manis sebagai minuman campuran ini juga dapat mengatasi masalah nafas berbau. Selain menyegarkan nafas dan mengatasi bau mulut, ia dapat membantu mengekalkan daya pendengaran anda.

Itulah dia 7 kebaikan madu dan kayu manis yang boleh anda amalkan untuk menjaga kesihatan dalaman dan luaran. Jangan tunggu lagi, mulai sekarang jom kita amalkan minuman madu dan kayu manis sebagai ramuan semulajadi terbaik dalam kehidupan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here