Home Gayahidup 5 Bukti Berpuasa Boleh Mencegah Kanser Ramai Tak Tahu

5 Bukti Berpuasa Boleh Mencegah Kanser Ramai Tak Tahu

11
0
puasa

Kanser atau kanser bukan lagi sesuatu yang asing dalam kalangan rakyat Malaysia. Saban hari, kita mendengar pelbagai masalah kesihatan yang melibatkan anak kecil, pelajar sekolah, ibu bapa serta warga emas. Semuga golongan berisiko menghidap kanser. Cuba anda bayangkan bagaimana kalau ia terjadi kepada ahli keluarga sendiri atau diri sendiri? 

Statistik Kementerian Kesihatan (KKM) pada 2016 menyatakan kanser adalah punca kematian ketiga tertinggi di hospital kerajaan. Lalu pelbagai alternatif diambil bagi mengurangkan kadar pesakit kanser di Malaysia. 

Salah satu caranya adalah melalui kelaziman berpuasa. Berpuasa untuk mencegah kanser ini boleh dikaitkan dengan konsep Autophagy iaitu proses pengitaran sel semula dalam badan.  Ramai yang masih tidak tahu konsep pencegahan ini.

#1  Autophagy: Proses Pemecahan Sel

Kaedah Autophagy ditemui oleh seorang saintis Jepun iaitu Yoshinori Ohsumi yang  dinobat sebagai pemenang Anugerah Nobel Perubatan dan membawa pulang wang tunai sejumlah RM3.9 juta pada Oktober 2016.

Beliau berjaya menemui proses pemecahan sel-sel badan dan pengitaran komponen (proses mechanism for autophagy) yang mampu melawan dementia dan kanser.Dari segi perkataan greek, auto bermaksud sendiri dan phagein bermaksud memakan. Ia menunjukkan bahawa sel-sel badan yang rosak boleh dibuang dari badan kerana tidak berfungsi lagi. Disitulah berlakunya Autophagy. Sel-sel ini memakan dirinya sendiri.

#2 Proses Kejadian Kanser

Apabila sel-sel lama tidak mati, kanser akan terhasil kerana sel lama tersebut akan berkembang dan membiak menjadi sel-sel yang tidak normal. Sel tidak normal tidak akan melaksanakan fungsi asal sel sebenar. Lebih teruk lagi, sel tidak normal akan terus berkembang tanpa henti sehingga mengganggu sel lain dalam tubuh badan. Organ turut terkesan dan disinilah bermulanya proses kejadian kanser.

Seterusnya, sel-sel yang termutasi dan berkembang tanpa dikawal ini akan menghasilkan satu tisu besar iaitu tumor atau ketumbuhan. Contohnya adalah leukemia.  Bergantung kepada kawasan terjadinya tumor, ia dibahagikan kepada lima kategori utama iaitu sarkoma, leukemia, karsinoma, limfoma dan CNS yang merupakan titik awal terjadinya kanser.

#3  Autophagy vs Apoptosis

Selain Autophagy, Apoptosis adalah proses sel mati yang akan mematikan sel-sel badan supaya tidak berlakunya kanser.  Proses yang sangat penting pada tubuh badan ini perlu berlaku sebagai proses penyembuhan daripada dalam seseorang.

Sebagai contoh, jika kereta rosak anda akan baiki dan baiki sehingga satu tempoh masa yang panjang. Akhirnya, wang anda akan dihabiskan untuk menanggung kos penambahbaikan kereta dan risiko ia rosak akan berlaku lebih kerap lagi. Jika diambil kira, lebih baik kos itu digunakan untuk membeli kereta baru!

Bagaimana pula dengan tubuh badan manusia? Adakah kita boleh dapatkan sel baru dengan berpuasa sekaligus mencegah kanser?

Jawapannya ada iaitu dengan berpuasa.

#4 Berpuasa dan Pengaruh Insulin

Autophagy lebih baik berbanding Apoptosis kerana ia akan membunuh sel yang rosak dan lama sahaja. Kemudian, sel baru akan terhasil. Untuk pengetahuan anda, proses autophagi ini ditemui saintis dalam satu kajian pada tikus pada 1962. Jumlah lysosomes (bahagian sel yang menghancurkan sel lain) telah bertambah di dalam hati tikus selepas disebatikan dengan glucagon. Ini bermakna tanpa glucagon, jumlah lysosomes tidak bertambah!

Begitulah dengan pemakanan kita dimana insulin dalam badan akan meningkat jika kita makan, sedangkan insulin akan menurun sekiranya kita tidak makan atau berpuasa.  Oleh itu, bagi mengaktifkan proses autophagy yang membunuh sel mati dan sel lama dalam badan, berpuasalah pilihan terbaik.

#5  Pertumbuhan Hormon Baru 

Selain dapat membuang sel mati dan sel lama, berpuasa juga membantu tubuh badan menghasilkan  sel yang baru. Pertumbuhan hormon baru juga terjadi dalam tubuh badan kita setiap masa. Gabungan autophagy dan penghasilan hormon ini dapat membantu membina sistem tubuh yang sempurna.

Cara Proses Autophagy Berlaku Dengan Berpuasa

Apabila seseorang berpuasa, badan akan kekurangan zat makanan justeru mengaktifkan proses autophagi untuk menukarkan sel lama dan sel mati kepada sel yang baru.  Apabila sel telah ditukar, tubuh badan akan terhindar daripada penyakit berbahaya dan kronik. 

Itu sebabnya ada doktor yang menyarankan untuk berpuasa sekiranya pesakit mengalami masalah yang melibatkan usus dan perut. 

Umat islam juga diwajibkan berpuasa selama 30 hari dalam bulan Ramadhan. Rupa-rupanya inilah manfaat dan kebaikan amalan berpuasa iaitu boleh mencegah kanser. 

Tidak perlu tunggu Ramadhan, anda boleh amalkan puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis serta hari-hari tertentu.  Boleh juga berpuasa cara Nabi Daud iaitu selang sehari.

Dengan berpuasa, badan akan lebih sihat dan tidak lemah lagi kerana sel mati telah dialihkan dengan sel yang baru. Kemungkinan rasa tidak selesa pada tubuh badan anda selama ini adalah disebabkan sel-sel lama yang tidak berfungsi dengan baik.

Jom cegah sebelum parah. Mulakan langkah pencegahan kanser dengan berpuasa. Selain mendapat manfaat kesihatan anda juga dapat menambah pahala!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here