Home Pemakanan 7 Makanan Ini Memudahkan Anda Dapat Tidur Yang Berkualiti

7 Makanan Ini Memudahkan Anda Dapat Tidur Yang Berkualiti

8
0
Tidur - Senang Tidur

Pada tahun 2016, lebih dari 7,000 individu maut akibat kemalangan jalan raya di Malaysia, kira-kira dalam anggaran 18 sehingga 20 individu yang terkorban setiap hari. Salah satu punca kemalangan jalan raya yang sering terjadi adalah disebabkan oleh pemandu yang tidak mendapat tidur yang secukupnya dan berkualiti. 

Macam-macam kita boleh buat untuk dapatkan tidur berkualiti bermula dengan pilihan makanan yang betul.

Berikut adalah 7 makanan yang boleh memudahkan anda tidur dengan berkualiti.

#1  Pisang

Makanan untuk memudahkan anda tidur dengan berkualiti adalah pisang. Ia mengandungi kalium, magnesium, karbohidrat dan vitamin B6 yang membantu menukarkan tryptophan menjadi serotonin. Pisang sinonim sebagai makanan kesihatan untuk membentuk tubuh idaman, namun ia juga membantu fungsi kognitif, kardiovaskular dan akhirnya memudahkan anda tidur.

#2  Kiwi

Benarlah fungsi kandungan serotonin yang besar dapat memudahkan anda tidur dengan berkualiti. Kiwi ialah buah yang padat dengan serotonin, vitamin C dan K, karotenoid dan mempunyai antioksidan yang tinggi.

Mengikut kajian yang dijalankan oleh Institut Kesihatan Nasional, kiwi dan tidur mempunyai hubungan yang berkaitan.  24 orang dewasa memakan dua buah kiwi sejam sebelum tidur,  pada akhirnya mereka melaporkan dapat tidur 42% lebih cepat daripada sebelumnya. Kajian ini dibuat selama sebulan.

#3  Oatmeal 

Oatmeal sering diambil sebagai sarapan pagi. Sebenarnya ia adalah makanan untuk memudahkan anda tidur lena dan berkualiti.  Kandungan vitamin B6 dan melatonin yang sangat tinggi berfungsi mengurangkan tekanan, memberi keselesaan tubuh dan memudahkan anda tidur dengan lebih berkualiti.  Selain itu, ia turut meningkatkan pengeluaran insulin badan yang menyebabkan laluan neural membawa tryptophan ke otak serta meningkatkan gula darah.

Makanlah oatmeal sebelum tidur, khasiatnya tidak menjejaskan anda, tetapi membantu anda tidur dengan mudah.

#4  Madu

Kata orang, makanan manis memudahkan anda tidur, tetapi awas anda boleh mengidap kencing manis pula jika diambil berlebihan! Eh, kalau dengan madu asli tak salah. Madu asli mempunyai fruktosa dan glukosa yang membantu hati anda menghasilkan glikogen. Glikogen inilah yang akan membantu anda tidur dengen berkualiti dan selesa.

Jadi bolehlah cuba tips ini jika sukar lelapkan mata, makanlah sedikit madu dahulu sebelum masuk ke kamar tidur. Pastinya pengambilan madu ini akan membantu tidur anda dan lebih segar waktu bangun pagi!

#5  Brokoli

Tahukah anda, brokoli terdiri daripada 2.6 gram serat dan 2.5 gram protein, berbanding daripada sayuran yang lain? Itulah hasil dari kajian yang telah diterbitkan dalam Jurnal Perubatan Tidur Klinikal dimana para penyelidik menemui bahawa ia rendah lemak tepu, dan serat yang tinggi. Ia juga tinggi kandungan protein sekaligus membantu seseorang untuk dapat tidur yang lebih berkualiti.

Tryptophan juga terkandung dalam brokoli yang membantu badan menghasilkan serotonin dan dapat mengawal tidur. Anda harus mengambil brokoli semasa makan malam kerana ia perlu dihadamkan, jangan ambil ketika hampir waktu tidur pula ya! Susah pula nak tidur nanti.

#6  Susu

Susu adalah makanan yang memudahkan tidur. Minum susu dapat meningkatkan tryptophan dan melatonin.  Bukan sahaja mudah tidur dan badan selesa, malah ia juga dapat membaiki jadual tidur anda.

Sebab itu anak-anak kecil mudah tidur selepas minum susu. Apa salahnya teruskan rutin minum susu sebelum tidur pula untuk orang dewasa? 

#7  Almond 

Ramai yang mengenali almond sebagai kacang yang mempunyai khasiat mengurangkan risiko penyakit kronik seperti diabetis dan masalah jantung.  Untuk pengetahuan anda, almond juga dapat memberikan anda tidur yang berkualiti.

Hal ini kerana almond mengandungi fosforus dan riboflavin yang tinggi. Ia dapat meningkatkan hormon melatonin lebih tinggi bagi membantu mengawal tidur. Makanan untuk memudahkan tidur ini juga boleh diambil oleh pesakit insomnia kerana ia mengandungi kandungan magnesium yang tinggi.

Itulah dia 7 makanan untuk memudahkan anda tidur dengan berkualiti dan selesa. Makanan ini juga mudah untuk anda dapatkan di dapur atau di mana-mana pasaraya berdekatan anda.

Semoga bermanfaat!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here