Baru-baru ini tular sebuah kisah kemurungan seorang gadis sekitar 20-an yang juga berkait rapat dengan keluarganya. Kemurungan disebabkan si gadis tidak mendapat kasih sayang dari seorang bapa kerana bapanya meninggalkan keluarga mereka dan berkahwin lain. Pertanyaan demi pertanyaan dilemparkan oleh gadis tersebut sebelum mengalami kemurungan dan akhirnya tidak dapat mengawal diri serta mencederakan ahli keluarga yang lain.
Jelas terbukti bahawa kemurungan bukan sahaja memberi kesan kepada mental tetapi juga fizikal. Menurut kajian, hampir 3 juta rakyat mengalami kemurungan dimana ia adalah 4.4% dari populasi dunia. Jika tidak dirawat dengan baik, penghidap kemurungan berisiko mencederakan diri sendiri dan orang lain. Lebih parah ia boleh kekal selamanya.
Bermula dari fasa awal, kemurungan perlukan rawatan dan perhatian supaya ia tidak berlarutan dan bertambah sukar dirawat. Jom kita fahami 7 sebab kemurungan perlu dicegah sejak awal ia datang.
#1 Risiko Penyakit Jantung dan Kematian
Detakan jantung juga dipengaruhi oleh hormon stress yang dikeluarkan selain dari tabiat gaya hidup yang tidak terurus semasa kemurungan. Tabiat gaya hidup seperti merokok, tidak bersenam, pemakanan yang tidak dijaga serta minum alkohol boleh menyebabkan serangan jantung. Natijahnya, seseorang akan terdedah 20% kepada risiko kematian.
#2 Risiko Diabetis
Mereka yang mengalami kemurungan juga berpotensi mengalami penyakit diabetis atau kencing manis. Jika anda tidak menjaga pemakanan sepanjang kemurungan, diabetis akan menyerang dengan mudahnya. Kira-kira 20% penghidap kencing manis dikalangan mereka yang mempunyai simptom kemurungan.
#3 Risiko Obesiti
Tahukah anda, kemurungan boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah obesiti kira-kira 58%? Semakin anda tertekan, semakin tinggi peratusan risiko obesiti yang bakal dialami. Malah, jika sudah obesiti, lebih tinggi pula peratusan untuk anda mengalami kemuruanga. Pada fasa awal, buat aktiviti yang dapat elakkan anda dari tertekan dan jangan tinggal senaman. Pencegahan awal sangat penting.
#4 Pengecutan Otak, Nyanyuk dan Risiko Penyakit Otak
Pada fasa awal, otak belum memberi tindak balas yang negatif namun jika dibiarkan, lama kelamaan beberapa bahagian tertentu otak mula menunjukkan pengecutan. Ia kehilangan tenaga pada otak terutamanya warga tua. Kemurungan juga meningkatkan risiko penyakit Alzheimer, angin ahmar, nyanyuk dan tidak boleh berfikir dengan waras.
#5 Penyalahgunaan Ubat
Jika terasa tertekan atau murung, elakkan mengambil panadol, ubat dan sebagainya. Seseorang mungkin terdedah dengan penyalahgunaan ubat jika tidak mengawal diri daripada awal. Pada mula mungkin anda akan mengambil dos ubat yang rendah, lama kelamaan ia akan membawa kepada penyalahgunaan alkohol dan dadah. Itu risiko yang agak sukar untuk dibendung apabila ia semakin parah nanti.
#6 Pertumbuhan Tumor dan Kanser
Kemurungan jika tidak dicegah daripada awal, ia akan membawa kepada rendahnya sistem imunisasi sekaligus mengaktifkan sel kanser. Menurut kajian, 25% pesakit kanser adalah daripada golongan yang mengalami kemurungan. Bukan itu sahaja, kajian turut mengatakan bahawa sebahagian pesakit kanser payudara dalam adalah pengidap simptom kemurungan.
#7 Risiko Bunuh Diri
Jangan ambil mudah jika anda sudah ada ciri-ciri kemurungan. Ia boleh membawa kepada risiko bunuh diri. Kemurungan melibatkan gangguan mental dimana pesakit berfikir perkara yang tidak masuk akal antaranya cubaan bunuh diri. Ciri awal mereka yang murung begini adalah pada mulanya ceria, kemudian sedih dan akhirnya sentiasa bercakap mengenai kematian.
Tahukah anda, 2 per 3 daripada masalah bunuh diri berlaku disebabkan kemurungan. Sebaiknya terus ambil tindakan jika anda atau seseorang mula murung. Minta bantuan pakar segera dan jangan dibiarkan tanpa tindakan.